Sejarah

Mula dibina pada tahun 1975 di atas tanah milik Ketua Kampung ketika itu En. Jumadil. Beliau sanggup memberikan tanahnya untuk dijadikan tapak sekolah atas 1 kepentingan untuk melihat kemajuan anak bangsa. Disebabkan ketika itu , belum ada sistem perhubungan jalan raya, semua kelengkapan untuk membina sekolah dibawa melalui jalan air. Sek.Keb. Lampaki mula menerima pelajar pertama pada tahun 1976.

Ketika itu hanya 2 blok bangunan yang ada dan sebuah rumah guru. Bilangan rumah guru mula ditambah menjadi 2 blok berkembar pada tahun 1981. Pada lewat tahun 1990 atas kerjasama dan permuafakatan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sek.Keb. Lampaki , sebuah Dewan Sekolah telah dibina. Hampir 90% Dewan Sekolah ini diperbuat daripada bamboo.Kini Sek.Keb. Lampaki boleh berbangga dengan dewan konkrit sepenuhnya atas usaha arwah En. Janes.