Pengajaran Sains Menggunakan Pendekatan IBSE (Inquiry Based Science Education)



" It is grounded in the belief that it is important to ensure that students truly understands what they are learning, and not simply memorize content and information "

(Worth, Duque & Saltiel, 2009)

“ If you want to change student learning, change assessement. ”

Benjamin Samuel Bloom

(February 21.1913 – September 13,1999)

Apakah itu IBSE?

IBSE adalah satu nama pendek bagi pendekatan sains yang menggunakan kaedah pengajaran sains berasaskan inkuiri. Ianya bukanlah sesuatu yang asing bagi pengajaran Sains, sama seperti strategi pdp konstruktivism dan lain-lain. Tetapi mengambil pendekatan sedikit berbeza dengan memanipulasi sifat inkuiri pada murid.

IBSE dalam Kurikulum Sains Malaysia

Telah diperkenalkan dalam kurikulum sejak tahun 1960-an lagi.Ianya ditakrifkan sebagai proses mendapat tahu yang melibatkan 

  • pertanyaan soalan
  • mengkaji dan menyiasat sesuatu fenomena dengan menggunakanderia dan kognitif kita

Penggunaan IBSE dalam kurikulum melibatkan penggunaan kemahiran proses sains , pengetahuan dan sikap saintifik untuk melakukan penemuan , mempelajari sesuatu  konsep , menaakul dan menyelesaikan masalah.

IBSE vs Pembelajaran Abad Ke-21

Strategi IBSE sebenarnya boleh disekalikan dengan Pembelajaran Abad 21. Terletak pada kreativiti guru dalam memasukkan strategi IBSE di dalam kriteria yang diperlukan oleh Pembelajaran Abad 21, iaitu Creativity, Critical Thinking, Communication dan Collaboration.

Jenis-jenis Inquiry Based Science Education (IBSE)

1. Confirmation Inquiry - Inkuiri pengesahan
2. Structured Inquiry - Inkuiri berstruktur
3. Guided Inquiry - Inkuiri berpandu
4. Open Inquiry - Inkuri terbuka

Tahap IBSE Pengesahan 

Guru akan memberi murid soalan , hipotesis dan prosedur untuk penyiasatan. Murid hanya perlu mengikuti arahan dan prosedur kerja eksperimen. Hasil yang perlu dicapai sudah ditemui . IBSE Pengesahan ini merupakan tahap inkuiri bertahap rendah.

Kepentingan Inkuiri Pengesahan

  1. Mengukuh idea dan konsep yang telah dipelajari.
  2. Memberi pengalaman menjalankan eksperimen dengan prosedur yang betul
  3. Latihan untuk menguasai kemahiran tertentu seperti merekod dan menganalisis data

Tahap IBSE Berstruktur

Guru akan memberi murid soalan dan prosedur untuk menjalankan eksperimen. Murid hanya perlu melaporkan serta menjelaskan hasil dapatan mereka.

Tahap IBSE Berpandu

Guru cuma memberi soalan untuk murid menjalankan eksperimen. Murid perlu 

  • merancangkan eksperimen
  • melaksanakan eksperimen
  • melaporkan serta menjelaskan hasil eksperimen

Murid masih memerlukan bimbingan guru untuk memastikan bahawa penyiasatan mereka bermakna.

Tahap IBSE Terbuka

Dalam IBSE terbuka ini murid akan bertindak sendiri seperti ahli sains ;

  • mengemukakan soalan
  • merancang penyiasatan
  • menjalankan eksperimen
  • membentangkan hasil dapatan mereka

Harus dilaksanakan apabila murid telah menunjukkan kebolehan merancang dan melaksanakan penyiasatan apabila ditunjukkan persoalan.


IBSE Model 'La Main a la Pate'

Bagi model IBSE jenis ini, ianya melibatkan 4 fasa dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu :

1. Questioning 

Memulakan kelas dengan peristiwa yang boleh menggalakkan murid bertanya, sehingga murid mampu memberi soalan. Daripada semangat ingin tahu ini (inquiry) ini, guru boleh memanipulasi murid untuk berfikir dan mencari penyelesaian kepada persoalan mereka tadi. Bagi memudahkan pengajaran, guru digalakkan untuk catatkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh murid dan kemudiannya memilih persoalan yang boleh diselidik lebih lanjut.

2. Hypothesising

Selepas memilih persoalan murid yang ingin diselidik, guru memainkan peranan untuk menggalakkan murid membina hipotesis. Teknik penyoalan juga memainkan peranan penting kepada guru dalam membimbing murid membina hipotesis tersebut.

3. Investigating

Sesudah murid mula mendapat idea mengenai perkaitan perkara tertentu dengan persoalan mereka, maka kita teruskan dengan biarkan mereka fikirkan penyelesaian terbaik untuk menyiasat perkara tersebut. Dalam erti kata lain, biar murid menjalankan eksperimen dan ujikaji kepada perkara yang mereka fikirkan berkait dengan persoalan mereka tadi. Di sini guru perlu berhati-hati dengan kawalan masa kerana penyiasatan murid kadang-kadang boleh menyebabkan masa berlangsung dengan lebih panjang daripada yang diharapkan.

4. Communicating

Fasa akhir ini menggalakkan murid untuk berkomunikasi, menyampaikan ilmu kepada rakan mereka dengan cara yang tersendiri dan kreatif. Proses ini penting, kerana memberi petunjuk sama ada pelajar tersebut mendapat kefahaman yang mendalam atau tidak dalam pdp tadi. Pelajar juga digalakkan untuk membuat kesimpulan terhadap hipotesis yang dinyatakan tadi, sama ada boleh diterima, atau pun ditolak. 

Pendekatan IBSE ini merupakan satu pendekatan baru yang mampu menarik minat pelajar untuk meminati Sains. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa peluang dan cabaran yang perlu diatasi. Antara cabarannya adalah untuk menghasilkan aktiviti yang sesuai, mencabar, kreatif serta menyeronokkan bagi menggalakkan murid untuk mula bertanya.


sumber : https://www.cikguhailmi.com/2016/02/pengajaran-sains-IBSE-inquiry-based-science-education.html