Pengenalan

Rukun Negara telah diishtiharkan pada tahun 1970 berikutan peristwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Pembentukan Rukun Negara merupakan satu ideologi negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum/etnik untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu. Rukun Negara perlu menjadi pegangan, panduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan ketaatan dan kecintaan kepada negara dan bangsa. Rakyat Malaysia perlu memahami sedalam-dalamnya lima prinsip Rukun Negara tersebut dan bukan sekadar melafazkannya.

Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di Sek.Keb. Lampaki Kudat akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan,penilaian dan pengamalan (5P) Rukun Negara dalam kalangan murid-murid. Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan mahasiswa dan mahasiswi tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan,saling menghormati agama, budaya, dan amalan serta integrasi nasional di kalangan murid-murid pelbagai kaum dalam memupuk semangat kenegaraan. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara akan dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara iaitu:

* Kepercayaan Kepada Tuhan

* Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

* Keluhuran Perlembagaan

* Kedaulatan Undang-Undang

* Kesopanan dan Kesusilaan


Objektif

  • Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid-murid supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara.
  • Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan warga sekolah
  • Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid-murid tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara.
  • Mendidik murid-murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara.
  • Menyemai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan mahasiswa berasaskan sikap saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum.
  • Mempertingkatkan penghayatan terhadap agama yang dianuti.
  • Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya adat resam dan pantang larang kaum-kaum di Malaysia.

VIsi dan Misi


VIsi

Menjadi tonggak dan pemangkin kepada pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid-murid berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Misi

Melahirkan warga sekolah yang sentiasa mendukung dan mempertahankan Rukun Negara sebagai landasan hidup yang menyatukan seluruh rakyat ke arah mencapai negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni.